BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia


Dalam Islam, penyempurnaan hak-hak Allah akan menjamin kesejahteraan hak-hak seluruh manusia dan setiap makhluk ciptaan-Nya. Objektif perlindungan terhadap keselamatan jiwa hanya mempunyai erti yang hakiki jika ianya bertujuan untuk mencapai dan memenuhi suatu objek yang lebih unggul dan mulia.

Buku ini adalah suatu percubaan untuk mengupas secara perbandingan prinsip dan konsep hak asasi manusia daripada perspektif Islam dan Barat. Ia bermula dengan membincangkan secara ringkas tetapi menyeluruh asas-asas demokrasi, masyarakat madani dan hak asasi manusia daripada perspektif ahli-ahli falsafah Barat seperti Locke, Spinoza, Montesquieu, Voltaire, Rousseau, Emanuel Kant, Jeremy Bentham dan John Stuart Mill berbanding ulama dan fuqaha Islam seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Buku ini juga cuba mengetengahkan bahawa dasar-dasar hak asasi manusia Islam berkembang melalui empat proses utama. Pertama; penjelasan maqasid al-Quran dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran, keadilan, kesaksamaan dan seruan kepada maaruf serta pencegahan terhadap munkar. Proses ini dilaksanakan oleh Rasulullah SAW selama tiga belas tahun di Mekah.

Book Information

ISBN: 9789673610211
Number of Pages: 162 Page
Publish Date: 01 June 2011
Price Sabah/Sarawak: RM18.00


RM15.00 RM18.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 17 guests online