BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Motivasi daripada Tuhan


Pendekatan dan modul baharu bagi membangunkan modal insan bagaimanapun tetap belum mencukupi bagi mengurangkan apatah lagi untuk mengatasi masalah-masalah pengurusan dan kehidupan manusia sejagat. Hakikatnya, masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, penyakit berjangkit (HIV), hubungan seks terlarang, pelacuran, jenayah, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketidakcekapan pengurusan organisasi dan lain-lain tetap memerlukan sesuatu yang benar-benar menepati inti pati “pembangunan insan”.

Ia sesungguhnya memerlukan bukan sekadar perubahan paradigma, tetapi pendekatan “hijrah”, kembali kepada kemanusiaan sejati atau fitrah atau jati diri. Oleh sebab itulah, kami beruzlah, bermuhasabah, mengunyah dan menghadam bahan-bahan rujukan, serta melakukan visualisasi ke hadapan, merenung dan akhirnya kembali kepada peristiwa yang kami alami sendiri di Padang Arafah ketika menunaikan Haji pada tahun 1992 – aktiviti yang kami anggap Kembali kepada Fitrah atau Back to Basic.

Ketika berusrah di Padang Arafah, kami dikurniakan Allah ilham yang membuka “rahsia hebat” di sebalik prinsip Rukun Islam yang lima, iaitu kekuatan Daya Saring, Daya Pimpin, Daya Tahan, Daya Saing dan Daya Juang!

Book Information

ISBN: 978-967-361-076-1
Number of Pages: 192 Page
Publish Date: 08 February 2013
Price Sabah/Sarawak: RM10.00

RM10.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 16 guests online