BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Ajaibnya Wanita


Di sebalik kelembutan seorang wanita tersimpan 1001 misteri ciptaan maha hebat. Ciptaan wanita begitu istimewa dan sangat berbeza dengan lelaki. Kerana Ajaibnya Wanita ini, kewujudannya mengundang pelbagai persoalan mengenai kedudukannya dalam fikah Islam. Begitu juga hal berkaitan hukum masalah kontemporari yang semakin bertambah seiring dengan kepesatan teknologi perubatan. Timbul pelbagai persoalan mengenai penyakit pembunuh no 1 bagi wanita, seksologi antara suami isteri, ginekologi, penggunaan alat kosmetik, pembedahan plastik yang akhirnya berkait dengan masalah ibadah dan syariat. Pecahkan kebuntuan anda bagi setiap persoalan yang dilontarkan. Kini semua jawapan sudah dipadatkan dalam buku Ajaibnya Wanita.

Buku yang lengkap dan sarat dengan informasi ibadah serta kesihatan wanita ini patut kamu milik atas sebab-sebab berikut: Membicarakan isu fikah kontemporari digabungkan dengan ilmu perubatan khusus untuk semua wanita terutama Muslimah. Merungkai persoalan yang wanita sering malu-malu untuk berbicara berkenaan perkahwinan dan seksologi dalam hubungan suami dan isteri. Kajian ginekologi yang membahaskan sebab-sebab wanita mengalami haid, hamil dan menopaus dan kesannya kepada ibadah, akhlak dan muamalah.

Kaedah mencegah barah rahim, barah payudara, penyakit kelamin dan sebagainya. Padat dengan ip-tip menarik untuk kesihatan diri rahsia kekal sihat mengikut syariat seperti tip mencegah bau badan, kaki berbau dan penjagaan gigi. Mudah-mudahan dengan membaca buku ini memberi manfaat dalam mencungkil rahsia wanita justeru memantapkan ibadah kepada Allah yang Maha Esa.

Book Information

ISBN: 9789673610167
Number of Pages: 186 Page
Publish Date: 03 November 2012
Price Sabah/Sarawak: RM10.50

RM9.00 RM18.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 18 guests online