BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

40 Hadith Sahih Gahib dan Ajaib


Cerita-cerita atau kisah-kisah sering kali menjadikan suatu sesi peralihan maklumat berbentuk penyampaian verbal seperti ceramah, pidato, khutbah menjadi menarik ditambah pula si penyampai itu sendiri adalah seorang yang pandai bercerita di samping berceramah meski apa pun bidang dan topik yang diceramahkan termasuklah ceramah keagamaan. Semestinya kemahiran bercerita menjadi daya tarik istimewa bagi seseorang penyampai bagi membuat para pendengar tersihir dengan apa yang diucapkannya, demikianlah bagaimana manipulasi terhadap seni penyampaian ini mempengaruhi para pendengar sehingga mereka terkesan dengan cerita-cerita yang disampaikan meskipun kisah-kisah tersebut mungkin hanyalah rekaan, khayalan, dari sumber yang tidak autentik bahkan mungkin ia tidak sahih sama sekali.

Namun kerana si penyampai adalah seorang yang sangat pandai berceramah dan dianugerahkan dengan bakat bercerita di samping mempunyai serba sedikit asas pengajian agama maka ini menjadikan ceramah-ceramah mereka sangat diminati khususnya oleh orang awam daripada kalangan wanita. Ternyata ceramah agama yang disampaikan melalui kaedah bercerita atau pengisiannya penuh dengan cerita-ceriti lebih menghiburkan berbanding dengan ceramah agama yang fokus kepada pengisian al-Quran dan al-Sunnah yang kadang-kadang terlalu teknikal bagi difahami oleh orang awam.

Sesetengahnya pula memang menggunakan kisah-kisah daripada al-Quran atau al-hadith namun dalam keadaan sedar atau tidak sedar memasukkan juga tafsiran dan huraian daripada riwayat Israiliyyat atau hadith palsu, dan kebiasaannya ia lebih rinci dan ‘bombastik’ bagi dijadikan modal ceramah untuk menarik perhatian pendengar daripada kalangan orang awam.

Book Information

ISBN: 978-967-
Number of Pages: 232 Page
Publish Date: 15 April 2019
Price Sabah/Sarawak: RM33.00

RM30.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

You may also be interested in this book:

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 25 guests online