BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Ya Allah, Jagalah dia untukku


Hati seseorang akan mudah tertawan apabila melihat suatu kecantikan atau keindahan. Dari mata, akan turun ke hati. Wujudlah perasaan cinta, sayang, rindu, kasih dan yang seumpamanya. Kemudian, hati pula mula berani untuk mendekati si dia. Akan terjalinlah hubungan yang kononnya dianggap rasmi iaitu couple. Apabila sudah bercouple, berani pula melakukan perbuatan-perbuatan yang menjadi mukadimah kepada perzinaan. Akhirnya? Menyemai cinta dengan cara bercouple dalam Islam adalah tidak dibenarkan.

Ya Allah, Jagalah Dia untukku menyediakan panduan kepada semua lapisan masyarakat bagaimana untuk menyemai cinta disamping meraih keredaan Allah SWT. Sememangnya kita memerlukan cinta daripada si dia. Tetapi cinta kepada-Nya lebih diutamakan dan diperlukan untuk meraih cinta si dia. Setiap cinta memerlukan komitmen. Komitmen yang selari dengan ajaran dan panduan Islam supaya rumah tangga yang dibina mendapat mawaddah. Sebelum si dia menjadi pasangan hidup kita, janganlah dihalalkan perhubungan yang haram. Yakin kepada Allah. Allah akan menganugerahkan pasangan yang terbaik untuk diri kita.

Tadahlah tanganmu, berdoalah kepada Allah minta dipermudahkan segalanya. Bertawakallah setelah berusaha. Insya-Allah, Allah akan membantu. Diharapkan dengan adanya naskhah ini, dapat dijadikan panduan bagaimana cara bercinta dalam Islam. Manfaatkanlah ia supaya naskhah yang berada di tangan anda ini sedikit sebanyak mampu membantu untuk mendapatkan pasangan hidup seiring dengan syariat.

Book Information

ISBN: 978-967-361-070-9
Number of Pages: 184 Page
Publish Date: 01 February 2013
Price Sabah/Sarawak: RM10.00

RM10.00 RM17.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

You may also be interested in this book:

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 31 guests online