BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Sebab Hadis diucapkan oleh Rasulullah


-Rasulullah menafikan keislaman orang yang menipu
-Rasulullah melarang makan bawang putih
-Rasulullah menyuruh untuk menolong orang yang zalim Mengapakah Rasulullah SAW menyebutkan hadis-hadis di atas?

Apakah latar belakang kisah yang berlaku sehingga menyebabkan Rasulullah bertutur seperti itu? Adakah kenyataan itu boleh diambil mentah-mentah tanpa melihat situasi yang berlaku pada zaman Rasulullah? Al-Imam as-Suyuti (911H) telah menghabiskan sepenuh kehidupannya di dalam medan ilmu dan penulisan sehingga beliau berjaya menghasilkan kitab yang mencecah ratusan judul. Beliau juga menulis tentang latar belakang hadis-hadis Nabi SAW bagi memudahkan umat Islam untuk memahami situasi yang berlaku di dalam beberapa hadis Rasulullah SAW. Ia sangat penting kerana latar belakang memberi kesan kepada kaedah penentuan hukum-hakam di dalam agama. Buku ini mempunyai 11 bab. Antaranya ialah isu Taharah, Solat, Perkahwinan, Jenayah, Jual Beli, Sembelihan, sehinggalah isu Adab. Ia diterjemahkan sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu.

ISI KANDUNGAN

Bab 1 : Bersuci
Bab 2 : Solat 
Bab 3 : Jenazah
Bab 4 : Larangan Mencela Mayat 
Bab 5 : PuasA
Bab 6 : Haji 
Bab 7 : Jual Beli
Bab 8 : Nikah
Bab 9 : Jenayah
Bab 10 : Sembelihan
Bab 11 : Makanan
Bab 12 : Adab

Book Information

ISBN: 97896736101676
Number of Pages: 182 Page
Publish Date: 01 September 2015
Price Sabah/Sarawak: RM20.00

RM17.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 8 guests online