BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Nabi-Nabi Allah di Bumi Palestin


Sesungguhnya Palestin adalah Ardhu al-Hijrah (tanah hijrah), dan juga tempat perlindungan para nabi dan rasul daripada musuh-musuh agama Allah.
 
Bumi Palestin merupakan saksi terawal para utusan Allah menyebarkan ajaran Islam. Tanah tumpahnya kelahiran agama [Millah] Ibrahim, yang juga menjadi teras ajaran Rasulullah . Kini Nabi Muhammad  menjadi penyempurna serta penutup risalah-risalah agama yang diajarkan para nabi dan rasul terdahulu.
 
Palestin juga menjadi bukti di atas turunnya wahyu-wahyu Allah kepada para nabi dan rasul-Nya, sebagaimana yang tersurat dalam kitab suci agama Samawi, Yahudi, Nasrani dan Islam. Di tanah yang diberkati inilah, disemadikan jasad para nutusan Allah, antaranya ialah; Ibrahim as, Luth as, Ishaq as, Ya’qub as, Yusuf as, Daud as, Sulaiman as, Zakaria as, Yahya as, serta para nabi dan utusan Allah lainnya.
 
Bermula daripada generasi Ibrahim as, maka lahirlah dua keturunan agung yang dikenali sebagai Bani Israel dan juga Bangsa Arab. Dua keturunan yang saling bermusuhan sehingga membawa kehancuran Negara Palestin sehingga kini. 
 
Bersama-samalah kita membaca serta menghayati perjuangan dan pengorbanan para utusan Allah terdahulu.
 
Rasulullah SAW mengajar kita supaya sentiasa berdoa untuk mendapatkan rahmat Allah. Baginda mengajarkan doa, "Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah Rahmat kepadaku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus (baik dan benar), cukupkanlah aku, selamatkan aku daripada penyakit dan musibah, berikanlah kepadaku rezeki yang halal dan tinggikan darjatku." (HR Ibnu Majah)

Book Information

ISBN: 978-967-361-151-5
Number of Pages: 165 Page
Publish Date: 01 April 2014
Price Sabah/Sarawak: RM18.00

RM15.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

You may also be interested in this book:

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 6 guests online