BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Stop Syurga! : Kisah Pelaku Maksiat...


Rasulullah juga bersabda, “Terdapat tiga golongan orang yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat.
 
1.) Anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya.
 
2.) Perempuan yang menyerupai laki-laki.
 
3.) Dayus iaitu ketua rumah tangga membiarkan kemungkaran dalam rumah tangga dan keluarganya.”
 
Serta banyak lagi penjelasan al-Quran dan sabda Rasulullah saw berkenaan dengan neraka yang akan dihuraikan dalam karya ini.
 
Sungguhpun demikian, perlu diingat bahawa neraka adalah azab Allah yang tidak hanya berlaku di negeri akhirat sahaja, tetapi juga berlaku dalam kehidupan dunia ini. Antara siksa Allah itu termasuklah terputusnya rahmat Allah. Manusia yang jauh dari kasih sayang dan rahmat Allah, adalah manusia yang rugi baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya manusia yang beroleh rahmat Allah, adalah manusia yang beruntung dalam erti yang sesungguhnya. Firman Allah, “Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga.Penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Qs  al Hasyr 59 : 20)
 
Oleh sebab itu,  muslim dan muslimat perlulah memerhatikan sabda Rasulullah, “Demi Allah yang tiada Ilah selainNya, ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka dan dia masuk neraka. Ada di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga dan dia masuk syurga
Jalan menuju syurga Allah sangat banyak. Salah satunya ialah dengan membaca serta menghayati kisah para soleh dan solehah yang dijamin masuk syurga. Kita juga boleh meneladani amal-amal kebaikan yang mereka lakukan agar beroleh barakah agung daripada Allah berupa syurga-Nya.

Semoga pertolongan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita yang dengan itu kita dapat memahami bentuk amal soleh yang menuntun kita kepada syurga Allah serta mengenali muslimin dan muslimah agung yang beroleh jaminan syurga.

Selamat membaca!

Book Information

ISBN: 9789673610457
Number of Pages: 352 Page
Publish Date: 01 May 2012
Price Sabah/Sarawak: RM23.00


RM22.00

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

You may also be interested in this book:

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 7 guests online