BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Jin Under Cover


Dalam alam jin mempunyai jin lelaki dan jin perempuan lalu membentuk sistem komuniti masyarakat mereka sendiri. Jin juga mempunyai agama. Ada jin yang beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Mereka mempunyai kerajaan, sistem politik, ekonomi, pendidikan malah membina teknologi mereka sendiri.
 
Mereka juga melahirkan pakar daripada kalangan mereka. Mempunyai murid, guru dan pensyarah bererti mereka ada mendirikan sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Ada juga jin daripada kelompok “Badawi” atau “asli” yang tidak berhubung dengan kumpulan jin-jin yang lain.
 
Pengalaman berdialog dengan jin menggambarkan mereka membentuk rupa bangsa mereka sendiri. Kelompok mereka boleh dikenali sepertimana kelompok manusia. Ada jin seperti orang putih, Arab, Hindustan dan Melayu. Jin juga berkerjaya sebagai ahli perniagaan, perfilemen dan ada juga kurang juga yang menjadi mat rempit.
 
Menurut pandangan ulama, sebahagian jin boleh merubah bentuk jasad mereka kepada bentuk yang lain. Mereka ini dikategorikan sebagai jin sihir. Mereka akan kekal dalm bentuk itu untuk satu tempoh yang lama.
 
Kita biasa mendengar makhluk halus berkepala harimau, buaya, mawas dan sebagainya. Mereka ini juga akan membentuk satu komuniti baru dalam alam jin dengan jasad yang baru.
 
Apa yang pasti, jin adalah sebahagian daripada perkara ghaib yang tidak mungkin dapat diceritakan secara tepat.
 
Buku ini juga boleh membantu anda merawat diri sendiri.

Book Information

ISBN: 9789673610785
Number of Pages: 352 Page
Publish Date: 03 May 2013
Price Sabah/Sarawak: RM23.90


RM20.90 Out of stock

*Price may change from time to time, subject to the terms and conditions.

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 10 guests online