BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Baru! Jumaat bersama Tok Guru siri 3


Pagi yang indah. Pagi yang cukup mempersonakan. Kelihatan jalinan warna pelangi mengikat antara satu warna dengan yang lain. Titisan air putih membasahi dedaunan yang kehijauan. Turunnya air hujan diiringi dengan rahmat Tuhan. Sungguh indah permandangan tersebut. Pemandangan yang disertai keberkatan. Keindahan tersebut menyebabkan saya terleka seketika sehingga terlewat menghadiri kuliah Tok Guru.

Saya hanya sempat mendengarkan sebuah hadis daripada Tok Guru berkaitan sedekah. Namun begitu ia tetap memberi pengetahuan baharu kepada saya. Sedekah bukan sahaja daripada segi material malahan senyuman juga merupakan satu sedekah. Senyuman yang ikhlas mampu membahagiakan orang lain. Setiap orang mempunyai bibir namun tidak semua mereka yang biasa dan pandai tersenyum. Ada senyuman sinis sehingga mengguris perasaan yang memandang, ada juga senyuman menggoda sehingga mencairkan hati yang rawan, namun tidak kurang juga senyuman ketabahan yang menggetarkan kalbu si pemerhatinya.

Senyuman amat digalakkan dalam Islam seperti yang diberitakan oleh Rasulullah. Rasullah bersabda: “Senyuman terhadap saudaramu itu adalah satu sedekah.”(Hadis riwayat Tirmizi)

Setelah dipelajari dan diamalkan ternyata khasiat senyuman itu sungguh luar biasa. Sekurang-kurangnya dengan senyuman ikhlas kita tetap mampu memberi manfaat kepada orang lain. Wajah yang ceria akan menimbulkan rasa senang kepada orang yang ditemui, melahirkan rasa kasih sayang, cinta serta kelapangan dalam hati. - Ann Wan Seng
-------------------
Seperti biasa, buku ini adalah sebagian rakaman pandangan dan perasaan Ann Wan Seng terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Semoga dengan rakaman dan huraian tersebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 18 guests online