BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Dialog Rasulullah dengan bangsa Yahudi




Mengujakan dan penuh dengan persoalan serta jawapan yang memberi inspirasi dan membuka fikiran supaya tidak bimbang untuk berhujah dengan bangsa Yahudi. Itulah ringkasan dan rangkuman yang dapat digambarkan setelah menelaah buku Dialog Rasulullah vs Yahudi ini. Setiap daripada kita maklum bahawa kecemburuan bangsa Yahudi terhadap umat Islam telah berlaku sejak zaman berzaman. Kebiadaban dan sikap dengki telah menyebabkan mereka menjadi bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT.

Persoalan demi persoalan sengaja ditimbulkan untuk memerangkap umat Islam agar mengakui kebenaran dan mengikuti telunjuk agama mereka. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan Rasulullah SAW telah mengatasi kelicikan mereka untuk meruntuhkan ketinggian agama Islam yang dibawa oleh Baginda SAW.

Oleh itu, buku ini telah mengumpulkan beberapa dialog antara Baginda dengan bangsa Yahudi yang diambil daripada Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab sejarah di mana memperlihatkan bahawa penghujahan-penghujahan yang diungkapkan oleh Baginda SAW adalah dengan pendekatan yang sangat bijaksana dan mampu membuka fikiran pembaca.




Buku ini sangat sesuai dijadikan sumber motivasi untuk memperkukuhkan pegangan terhadap agama Islam. Penggunaan perkataan dan bahasa yang baik juga mampu memudahkan para pembaca untuk menghayati kandungan buku ini.

Pembelian

Tokoh Dua Zaman



Umar Abdul Aziz dan Nik Abdul Aziz merupakan dua tokoh Islam di dua zaman yang berbeza. Ketokohan beliau bukan hanya diceritakan dan disampaikan daripada lisan ke lisan. Bahkan telah dinukilkan di dalam buku dan menjadi sisipan dalam lembaran sejarah. Menjadikan dua tokoh ini sebagai ikon untuk ikutan dan teladan kepada umat Islam dan bukan Islam.

Naskhah ini mengisahkan tentang keperibadian khalifah Umar Abdul Aziz yang soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan kekayaan dunia. Ketokohan khalifah Umar Abdul Aziz dipertontonkan melalui catitan sejarah sebagai seorang pemimpin yang adil dan disenangi rakyat.

Manakala diceritakan juga keperibadian sosok tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz yang hidupnya sentiasa dalam keadaan yang sederhana. Ketokohan Tok Guru Nik Abdul Aziz jelas terserlah apabila beliau diiktiraf antara 50 orang tokoh Islam paling berpengaruh di dunia.


Apabila meneliti buku ini, kita dapat melihat kesesuaian tokoh antara dua zaman apabila masing-masing tidak ingin untuk menerima sebarang jawatan sebagai pemimpin dan menganggapnya sebagai amanah yang besar dan akan dipersoalkan di akhirat. Namun, akhirnya mereka memimpin dengan jaya.

Pembaca akan dibawa kesuatu dimensi yang berbeza. Intipati-intipati yang telah dicatat di dalam buku ini pasti akan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi kepada kita.

Pembelian

Beramal dengan hadis sahih, jauhi hadis palsu




Al Manarul Munif merupakan sebuah kitab lama catatan ulama awal kurun ke-8 H iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Walau bagaimanapun, kitab ini baru sahaja diterjemahkan dalam bahas melayu. Ianya diberi judul Kenali Hadis Sahih, Dhoif dan Palsu.

Terjemahan literal daripada nama asal kitab yakni Al manarul Munif Fisohihi wa Dhoif yang bererti ‘menara yang tinggi dalam membicarakan mengenai hadis sahih dan daif’. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada orang yang ingin mempelajari hadis.

Ibnu Qayyim disebutkan oleh Ibnu Hajar sebagai anak murid yang begitu sayang akan gurunya dan melazimi gurunya iaitu Ibnu Taimiyyah sehingga orang mengatakan bahawa Ibnu Qayyim ibarat fotokopi kepada Ibnu Taimiyah (maksudnya segala pandangannya adalah sama dengan pandangan gurunya) namun bagi saya sangkaan itu kurang tepat kerana Ibnu Qayyim mempunyai pandangannya tersendiri terutamanya berkaitan Sirah.

Tambahan pula, Ibnu Qayyim lebih menonjol pandangannya dalam bab hadis berbanding Ibnu Taimiyyah.

Ramai ulama yang telah menulis kitab berkaitan hadis-hadis palsu sebelum Ibnu Qayyim. Antaranya ialah Ibnu Jauzi dalam kitabnya Al Mauduat al Qubra. Ibnu Jauzi apabila beliau menulis kitab tersebut, beliau menyebut antara ciri-ciri hadis palsu seperti bercanggah dengan al-Quran, bercanggah dengan fakta sejarah, bercanggah dengan akal atau hadis tersebut mengandugi ‘kemelampauan’ yang teramat.

Namun, Ibnu Jauzi menyebutnya tetapi tidak melaksanakan atau menggunakannya dalam kitab karangannya berkaitan hadis palsu. Beliau hanya mengambil ciri tersebut sebagai teori semata-mata.

Hal ini berbeza dengan cara Ibnu Qayyim yang menggunakan ciri-ciri seperti yang disebut oleh Ibnu Jauzi secara praktikal dalam kitab atau buku ini.


Contohnya, berkaitan huraian menjelaskan status hadis palsu dengan mengemukakan hujah berkaitan percangahan dari sudut matan misalnya. Justeru dari segi praktikal, kitab ini adalah lebih baik berbanding kitab-kitab sebelumnya.

Saya berharap dengan adanya buku ini, umat Islam tanahair kita dapat manfaat yang besar dalam memahami hadis Nabi Saw.


Dr. Muhamad Rozaimi Ramle

---------------------klik
http://www.kemilau.net.my/en/catalogue/issued-immediately/163-kenali-hadis-sahih,-dhoif,-palsu-manarul-munif

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 7 guests online