
Dr Nurkhamimi Zainuddin
Dr. Nurkhamimi Zainuddin dilahirkan di Pulau Pinang. Menerima pendidikan di Sekolah Menengah Arab Bugisiah Tampok dan kemudiannya di Maahad Johor. Kembara ilmunya dilanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik dan Kesusasteraan Bahasa Arab serta Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua.
Dengan izin Allah beliau telah menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah pada tahun 2011 dan mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer pada tahun 2014.
Dr. Nurkhamimi Zainuddin telah menjawat jawatan Pensyarah Bahasa Arab di Jabatan Bahasa Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak 2008. Kini beliau aktif memberikan kuliah agama dan kelas pengajian Bahasa Arab di sekitar lembah Klang. Antara kary