BAHASA MALAYSIA      03 6038 8314 (Customer Service)
No items in cart View Cart

Maarof Salleh


Maarof Salleh lahir pada tahun 1948 di Singapura. Beliau memiliki ijazah MA (Pengajian Asia Tenggara) dari Universiti Nasional Singapura (NUS), selain beberapa sijil pendidikan dan pengurusan pentadbiran.

Sejak zaman persekolahannya, termasuk sebagai mahasiswa universiti, beliau aktif menceburkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan, termasuk di peringkat kepimpinan, dalam banyak agensi Islam.

Antara badan-badan yang pernah mendapat khidmatnya termasuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Singapura (PBMUS), Himpunan Belia Islam (HBI), Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Yayasan Mendaki (YM) dan Centre for Contemporary Islamic Studies (CCIS).

Kerjaya beliau bermula sebagai guru dan pentadbir sekolah sebelum berkhidmat sepenuh masa sebagai Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Selepas bersara daripada jawatannya, beliau telah bertugas di Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) sebagai Zamil Kanan Penyelidikan.

Selain menulis makalah, beliau juga banyak diundang memberikan pandangan dan membentangkan kertas kerja mengenai isu-isu yang menyentuh perkembangan dan kepentingan Islam dan masyarakat Islam Singapura mutakhir, di dalam dan di luar negara.

Buku ini merupakan terbitan pertama beliau bersama Kemilau Publika Sdn. Bhd.

 

List of Books by Author


  1. Islam, Songkok & Bahasa

Contact Us

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
kemilaupublika@gmail.com

Come! Follow Us


Our Guest

We have 15 guests online