
Abu Marwan
Abu Marwan ialah nama pena beliau. Dilahirkan pada tahun 1971. Merupakan anak jati yang berasal dari Surabaya, Indonesia dan mempunyai kelulusan dari Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Selain minat menulis dan mengkaji, penulis juga pernah menulis beberapa buah buku dan karya terjemahan. Kini, Abu Marwan berkhidmat sebagai pengarah pusat pengajian Islam di Jawa Timur, Indonesia.