Ahmad Yahya
Ustaz Haji Ahmad bin Yahya dilahirkan di Perak pada tahun 1963. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Ren. Keb. Kg. Balun, Slim River, kemudian menuntut dalam aliran agama di Pondok Tualang Sekah Malim Nawar. Seterusnya beliau menyambung pengajian di D.M.W School Kepala Batas, Seberang Prai, Darul Ulum Deoband, Saharampur UP. India Modern Arabic College, Karachi, Pakistan, Darul Ulum Landy Colony, Karachi, Pakistan, Universiti al-Azhar, Kaherah (bidang syariah dan undang-undang).
Setelah kembali ke tanah air beliau bertugas di beberapa buah sekolah menengah di selatan Semenanjung Malaysia dan menjadi Pensyarah Tamadun Islam di Politeknik Ungku Omar, dari tahun 1984 hingga 1995. Kini beliau aktif menjalankan kegiatan dakwah dengan menyampaikan ceramah di sekitar Kampar dan Ipoh, Perak. Beliau juga ada menghasilkan beberapa buah buku. Antaranya bertajuk Akhlak Moden (1968) dan Psikologi Jantina (1964).