
Ibnu Qayyim Al-Jauziah
Ibnu Qayyim atau nama sebenarnya Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz az-Zura‘i ad-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Dilahirkan pada bulan Safar tahun 691 H di Kampung Zurai bandar Hauran, Syria dan meninggal dunia ketika berumur 60 tahun.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah karya. Antaranya ialah Tahdzib Sunan Abi Daud, I’lam al-Muwaqqi‘in ‘an Rabbil ‘Alamin, Ighatsatul Lahfan fi Hukmi Thalaqil Ghadlban dan karya-karya lain. Buku Al-Manarul Munif-Kenali Hadis Sahih, Dhoif dan Palsu" dan “Ar-Ruh – Hidup Selepas Kematian”, adalah terbitan Kemilau Publika Sdn. Bhd.