
Wan Ji Wan Husin
Wan Ji Wan Hussin adalah anak kelahiran Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Lubuk Tapah, Kelantan. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Jamiah Faroqiah, Karachi Pakistan dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kini beliau merupakan aktivis dakwah dan sering memberi kuliah dan ceramah di masjid-masjid di seluruh negara.
Beliau juga popular dengan ceramah santai yang sering dilakukan, dikenali sebagai ‘Lepak Maqasid’.