ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Aku Melayu Di Kota Inggeris


'Aku Melayu di Kota Inggeris' merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.

Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.

Pilihan Staf:
Aku Melayu di Kota Inggeris adalah satu catatan pengembaraan seorang anak Melayu di kota Inggeris. Ia amat berguna kepada anak bangsa Melayu khususnya yang akan menjejakkan kaki di sana sebagai panduan mudah bagi mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di kota Inggeris tersebut. Ini kerana hidup merantau terlalu banyak suka duka pengalaman yang mesti dilalui terutama ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai terdekat, mahu tidak mahu mendengar sesuatu daripada mereka yang lebih berpengalaman sedikit pun tidak merugikan apa-apa. Menarik dan santai !

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610747
Jumlah Halaman: 291 Muka Surat
Tarikh Terbit: 30 March 2013
Harga Sabah/Sarawak: RM10.00

RM22.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5973 8944-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 6 tetamu sekarang ini