ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Kombo Merdeka; Cerita Tanah Airku


[Gagasan Malaysia]  

Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra tidak pernah bersetuju dengan cadangan para pemimpin Singapura dan sesetengah pihak di Tanah Melayu bagi mencantumkan Singapura dengan Tanah Melayu, malah beliau tidak pernah tertarik dengan fikiran itu. Sebab utamanya ialah pengaruh komunis begitu besar di Singapura. Tunku adalah seorang tokoh anti-komunis yang ketara di Asia dan lebih keras daripada Jeneralisimo Chiang Kai-shek yang membentuk kerajaan anti-komunis di Taiwan.

Tunku tidak dapat menjamin pengaruh komunis itu dapat dibendungnya jika rakyat Singapura menjadi sebahagian rakyat Tanah Melayu. Tunku berjaya membendung pengaruh komunis di Tanah Melayu, tetapi dengan Singapura yang kuat pengaruh komunis boleh menyukarkan Tanah Melayu kiranya Singapura bercantum dengannya.

Lee Kuan Yew, Setiausaha Agung PETIR (Parti Tindakan Rakyat atau PAP) berjaya menang besar Pilihan Raya Umum Singapura tahun 1959 dan menjadi Perdana Menteri pertama Singapura di bawah perlembagaan barunya dengan isu untuk bercantum dengan Tanah Melayu. Sebagai Perdana Menteri Lee Kuan Yew membuat berbelas ucapan melalui Radio Singapura mengenai perjuangan kerajaan PAP untuk bercantum dengan Tanah Melayu, perjuangan yang dinamainya "The Battle for Merger".

Tetapi Tunku Abdul Rahman tetap tidak tertarik. Sekalipun Lee Kuan Yew menonjolkan dasar partinya yang 'non-komunis'...

(Propagandis Zaman, Subky Latif; halaman 5)


------------------------------- WhatsApp ke http://www.wasap.my/601156742989 Rm 20 + 8 Pos Semenanjung Rm 20 + 12 Pos Sabah/Sarawak #kemilaupublika www.kemilau.net.my



Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-
Jumlah Halaman: 600 Muka Surat
Tarikh Terbit: 27 August 2019
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

RM20.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 6 tetamu sekarang ini