ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Kombo Buku Subky Abdul Latif


Tunku percaya pada tarikh yang dirasanya keramat. Tunku memulakan tugas sebagai Yang Dipertua Agung UMNO di Butterworth. Selama di situ dia kenal baik dengan Mufti Pulau Pinang yang juga penyokong kuat UMNO, Syeikh Haji Abdullah Fahim. Tunku mendapatkan nasihat daripada Mufti itu tentang tarikh yang baik bagi kemerdekaan Tanah Melayu. Tok Guru itu memberikan tarikh 31 Ogos, 1957 dan tarikh itu dipersetujui oleh Pejabat Tanah Jajahan London. Ada juga yang mengatakan pada tarikh itulah dulu Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada Kapten Francis Light.

Haji Abdullah Fahim juga adalah seorang ahli falak. Mengikut kiraan hisabnya, semua planet penting di alam ini berada sebaris di angkasa Tanah Melayu, khususnya di langit tinggi Kuala Lumpur seelok-elok masuk tengah malam 31 Ogos, 1957 itu. Itu sesuatu yang jarang-jarang berlaku dan hanya berlaku dalam masa beberapa minit saja. Keadaan itu mengikut firasatnya dapat memberikan kekuatan tenaga. Maka diharapkan Tanah Melayu, penduduknya dan kerajaannya yang merdeka akan mendapat cukup tenaga bagi membangunkan negara merdeka itu. Jadi bersetujulah Tunku supaya diisytiharkan kemerdekaan pada saat yang disebutkan oleh Haji Abdullah Fahim itu. 
 

Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-032-7
Jumlah Halaman: 468 Muka Surat
Tarikh Terbit: 28 November 2014
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

RM20.00 RM64.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 30 tetamu sekarang ini