ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Airmata Anak-Anak Palestin


Di dalam penjara Israel, kanak-kanak Palestin mengalami pelbagai bentuk penyeksaan dan kekerasan termasuklah gangguan seksual, perkosaan, dipaksa minum air mendidih, dipukul dengan kabel elekrik, dilumpuhkan kaki mereka serta banyak lagi seksaan keji yang tidak berperikemanusiaan. Rejim Israel memang sengaja menangkap kanak-kanak Palestin untuk merosakkan masa depan mereka. Kanak-kanak Palestin telah diperkenalkan dengan huruf A untuk Apple (buah epal), huruf B untuk Ball (bola) dan huruf F untuk Flower (bunga). Namun, kini ianya ditukar, A menjadi Apache (helikopter tempur pembunuh), huruf B menjadi Blood (darah), huruf C menjadi kata Coffin (keranda), huruf D menjadi Destruction (kehancuran), huruf F menjadi kata Fear (takut) Flee (berlarian) dan Fire (api).

Buku ini cuba memaparkan kisah menyayat hati mengenai penderitaan fizikal dan psikologi kanak-kanak Palestin. Tujuannya ialah untuk sama-sama kita merasai penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak Palestin, agar tumbuh rasa simpati terhadap saudara seiman dan seagama. Juga supaya kita dapat mensyukuri kurniaan dan nikmat Allah yang memberikan kita kehidupan bebas dan merdeka, tanpa ada penindasan. Penderitaan kanak-kanak Palestin juga adalah penderitaan orang Islam di seluruh penjuru dunia. Butir-butir air mata mereka juga adalah titisan air mata umat Islam di muka bumi ini. "Belum disebut beriman, manusia yang tidak mencintai sesama orang Islam, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610655
Jumlah Halaman: 352 Muka Surat
Tarikh Terbit: 03 November 2012
Harga Sabah/Sarawak: RM11.50

RM10.00 RM20.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 10 tetamu sekarang ini