ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Al-Alamah al-Syeikh Abdul Salam al-Mubarakfuri


Perkampungan Mubarakfur telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang hebat sumbangan mereka terhadap dunia ilmu dan Islam, khususnya ilmu hadis. Antara mereka yang kekal menjadi sebutan ialah al-Allamah Abu al-Huda Abd al-Salam bin al-Syeikh Khan Muhammad al-Mubarakfuriy. Dilahirkan pada 1289H di dalam keluarga yang terhormat dalam kalangan penduduk Mubarakfur, terkenal dengan keluarga yang hebat di sudut keilmuan dan keagamaan.

Disemai kejituan ilmunya di bawah bimbingan para ulama di Mubarakfur seperti al-Syeikh Abd al-Rahim al-Mubarakfur, al-Allamah Abd al-Rahman al-Mubarakfur dan lain-lain. Seorang yang dianugerahkan kesenian dalam penulisan, di samping kepetahan mengajar. Dianggap sebagai tenaga pengajar yang berjaya di bumi India. Karya beliau ini menjadi satu tunjang dalam mengenali al-Bukhari serta menepis tohmahan yang dilontarkan kepada al-Bukhari.

Terkenal dengan seorang yang tekun membaca. Bahkan kematiannya berlaku ketika beliau pulang daripada membeli buku baru. Merupakan salah seorang penggerak dakwah di bumi India, antara tokoh terulung dalam pergerakan dakwah suku pertama kurun ke-20. Al-Syeikh Abd al-Salam al-Mubarakfuriy dijemput Allah pada 18 Rejab 1432H.

Senarai Buku oleh Penulis


  1. Sirah Kehidupan Imam Bukhari

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 32 tetamu sekarang ini