ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Ibnu Taimiyyah



Beliau ialah Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Abi al-Qasim bin al-Khidr bin Muhammad bin Taimiyyah al-Harrani kemudian al-Dimashqi. Beliau seorang yang faqih, mujtahid, penghafaz hadis berserta sanad, pentafsir al-Quran, dan seorang yang tidak menjadikan dunia sebagai satu matlamat hidupnya. Gelarannya Abu al-Abbas Taqiyuddin dan disifatkan sebagai Syeikhul Islam yang menjadi lambang kepada ulama Islam di zamannya.

Beliau dilahirkan pada hari Isnin 10 Rabiulawal, 661 hijrah di Harran. Beliau berhijrah bersama ayahnya dan ahli keluarganya ke Dimasyq ketika berlakunya penjajahan Tatar ke atas negaranya. Beliau telah hadir dan menyertai kuliah ilmu daripada Sheikh Ibn Abdul Ad-daim, Sheikh Ibn Abi al-Yusri, Sheikh Majid bin A'saakir, Sheikh Qassim Irbali, Sheikh Shamsuddin bin Abi Umar dan ramai lagi ulama di zamannya. Beliau juga pernah menyertai kuliah kitab al-Musnad sehingga khatam beberapa kali. Beliau pernah mengkhatamkan kutub sittah dan Mu'jam al-Tabarani ketika hadir ke kuliah ilmuwan hadis, serta menulis sejumlah penulisan sehingga terhasilnya atusan bab-bab atau jilid-jilid. Selain daripada itu, beliau juga mempelajari ilmu-ilmu sains sejak kecil dan bertalaqqi ilmu fiqh dan usul daripada ayahnya serta bersama al-Syeikh Shamsuddin bin Abi Umar, al-Sheikh Zainuddin bin Munajja. Beliau mempelajari ilmu bahasa Arab dengan Sheikh Ibn Abdul Qawiyy, kemudian dengan kesungguhan dan mujahadah yang ada pada dirinya, beliau dapat mengkhatamkan sendiri kitab Sibawih dengan kefahaman yang mendalam.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah merupakan seorang penuntut ilmu yang tekun di dalam tafsir al-Quran sehingga muncul sebagai mufasir yang hebat. Kehebatannya juga terbukti di dalam ilmu faraidh, matematik, algebra juga di dalam ilmu perbandingan agama dan cabang-cabang ilmu yang lain.

Senarai Buku oleh Penulis


  1. Menolak Celaan Terhadap Ulama

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 16 tetamu sekarang ini