Dr. Soleh Fauzan
Dilahirkan pada tahun 1354 H. Beliau dididik oleh keluarganya mempelajari al-Quran asas-asas membaca dan menulis dengan imam masjid berdekatan tempat tinggalnya, iaitu Syaikh Hamud ibn Sulaiman at Tala’al. Penulis mendapat pendidikan awal di Syamasiyah pada tahun 1369 H. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Madrasah Faishaliyah di daerah Buraidah pada tahun 1371 H dan menamatkan pengajiannya di Universiti Imam Muhammad bin Su’ud di Riyadh pada tahun 1381 H. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di institut pendidikan di Riyadh, kemudian beralih menjadi pengajar di Fakultas Syari’ah. Beliau juga ditugaskan mengajar di Fakulti Usuluddin. Turut ditugaskan untuk mengajar di mahkamah agung kehakiman dan menjadi ketua. Buku Wanita Juga Rindukan Syurga adalah terbitan pertama penulis bersama Kemilau Publika Sdn Bhd.