ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Rampasan Kuasa Mesir


Dr. Morsi ialah presiden yang terpilih secara demokrasi buat pertama kalinya dalam sejarah politik Mesir. Pada pilihan raya presiden 2012. Dr. Morsi menang dengan 52% suara, namun kenapa ia digulingkan? Siapa yang diuntungkan? Siapakah pula tokoh-tokoh dan kelompok yang telah berusaha merampas kuasa daripada tangan Morsi? Padahal setahun pemerintahannya banyak kegemilangan yang telah diraih.

Benarkah As-Sisi, menteri pertahanan yang telah mengangkat sumpah di bawah Morsi telah menggulingkan Morsi sebagai presiden yang sah, bukankah Mursi ialah merupakan ketua tertinggi tentera? Adakah sebenarnya terdapat konflik antara Mursi dengan tentera?. Atau rampasan kuasa ini memang telah dirancang oleh Mubarak yang sedang berada di dalam penjara? Apakah pula pandangan Al-Azhar di atas rampasan kuasa yang berlaku dan peranan Sheikhul Azhar Dr. Ahmad Thayyib? Kenapakah beliau berada bersama As-sisi sewaktu pengisytiharan rampasan kuasa?

Sepanjang pergolakan ini, ramai tokoh dan negara-negara yang turut mengecam tindakan rampasan kuasa. Apa pendapat mereka? Benarkah Amerika, Israel, Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu menjadi dalang dalam menyumbang dana untuk rampasan kuasa ini? Andai benar, apa untungnya buat mereka? akibat pergolakan ini, banyak nyawa telah terkorban dan jumlahnya semakin meningkat.

Peristiwa menembak jemaah solat subuh di Rabah Al-Adawiyyah membuatkan tokoh-tokoh Islam tidak berdiam diri. Sheikh Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwanya.

Adly Mansour diangkat sebagai Presiden, ElBaradei tidak mahu sama sekali melibatkan Morsi dalam penyelesaian konflik Mesir. Siapakah ElBaradei?

Buku ini akan menjawab semua persoalan di atas, dan segala persoalan di minda anda, sekali gus menambah pengetahuan anda tentang konflik yang melanda saudara kita di Mesir.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673611171
Jumlah Halaman: 414 Muka Surat
Tarikh Terbit: 20 April 2014
Harga Sabah/Sarawak: RM28.00

RM25.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 32 tetamu sekarang ini