ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Syeikh Muhammad Abdil Wahhaab: Pada Pandangan Ulama Benua India


Kata aluan oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff

Bila mendengar perkataan “Wahabi”, atau mendengar perihal seorang “Wahabi”, datanglah dua perkara di hati; pertama: emosi, kedua: persoalan. Persoalan mengenai “Wahabi” jarang sekali dibalas dengan jawapan yang benar dan teliti, walaupun oleh golongan ilmuwan. Tidak ramai yang berminat untuk mendapatkan kebenaran mengenai golongan Wahabi ini, kebanyakannya menganggap kebenaran sudah terpampang di hadapan mata, tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mencarinya.

Disebabkan ini, golongan Wahabi hakikatnya sudah tidak dikenali pada hari ini walaupun nama mereka disebut-sebut oleh hampir setiap orang pada setiap hari. Musuh-musuh Islam pula sudah lama mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk memperbodohkan umat Islam dan melaga-lagakan mereka sesama sendiri. “Bila tak kenal, maka tak cinta”, inilah nasib golongan Wahabi. Mereka sudah tidak lagi dikenali, tidak ada lagi yang cintakan mereka, tidak ada lagi yang kasihankan mereka bila mereka dibelasah oleh musuh Islam.

Lebih menyedihkan, orang Islam juga turut tumpang sekaki membelasah mereka kerana disangkanya penjahat yang ganas dan kejam, wajib dihapuskan dari muka bumi ini. Apa boleh buat, saudara sendiri sudah tidak lagi dikenali, musuh pula dianggap kawan, sudah sekian lama situasi ini berlanjutan dan ia sepatutnya sudah sampai ke penghujungnya.

Maklumat Buku

ISBN: 978-983-42928-9-8
Jumlah Halaman: 192 Muka Surat
Tarikh Terbit: 30 July 2018
Harga Sabah/Sarawak: RM21.00

RM18.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 18 tetamu sekarang ini