ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma


Dalam penyusunan siri buku Tadabbur Hikmah Juzuk ‘Amma:

Pelajaran Dari Tafsir Agung Nusantara, metod yang digunakan adalah: Rujukan utama dan tunggal dalam menyusun kefahaman ayat al-Quran yang disusun adalah berdasarkan karya agung Prof Dr HAMKA iaitu Tafsir Al-Azhar kerana itulah tujuan penyusunan ini dibuat, bagi membumikan tafsiran-tafsiran Prof Dr HAMKA terhadap ayat suci al-Quran secara bertema namun mengekalkan kadungan asalnya. Fokus khas bagi takhrij sama ada bagi hadith-hadith yang digunakan atau nukilan-nukilan yang bersumberkan kitab tafsir cuba disebutkan sumber dan kedudukannya di sisi ahlinya. Bantuan profesional daripada Dr Muhamad Rozaimi Ramle(Pensyarah Kanan (hadith), UPSI) telah diminta bagi menambahkan nilai dalam urusan takhrij tersebut.

Tujuan utama edisi ini adalah untuk menambah nilai dari sudut menyatakan kedudukan sumber yang digunakan dalam tafsir ini sebagaimana yang dinukilkan oleh almarhum Prof Dr HAMKA dan kita semua makruf bahawa budaya menyemak dan menambah nilai dari sudut takhrij terhadap karya-karya turath Alam Melayu belum menjadi kebiasaan sebagaimana di negara Arab.

Maklumat Buku

ISBN: --- ---- ---- ---
Jumlah Halaman: 576 Muka Surat
Tarikh Terbit: 15 March 2017
Harga Sabah/Sarawak: RM60.00

RM60.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 15 tetamu sekarang ini