ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Sirah Kehidupan Imam Bukhari


Ketokohan al-Imam al-Bukhari (Meninggal 256H) bukan suatu yang asing dalam kalangan umat Islam, namun bagaimanakah ketokohan yang begitu hebat itu terhasil? Bagaimana kehidupan kekeluargaan yang disemai dan dihidupkan oleh ayah dan ibu beliau? Sehingga menjadikan beliau memiliki kecenderungan yang begitu kuat terhadap ilmu-ilmu hadis sedari kecil lagi.

Al-Imam al-Bukhari sangat terkenal kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadis sahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadis yang tidak sahih”. Pada kesempatan yang lain beliau berkata, “Setiap hadis yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya”.

Itulah dia Muhammad bin Ismail al-Bukhari, seharusnya ketokohan beliau mampu mencetus keinsafan di dalam jiwa kaum Muslimin agar terus tekun menuntut ilmu, menterjemahkan ilmu dengan akhlak dan amal. Sememangnya membaca kisah-kisah tokoh ilmuan silam merupakan suatu cara medewasakan akal juga berkesan membentuk peribadi yang lebih berakhlak. Selamat membaca!

Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-187-4
Jumlah Halaman: 168 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 August 2016
Harga Sabah/Sarawak: RM18.00


RM12.00 RM15.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 14 tetamu sekarang ini