ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Andai Rasulullah SAW Bersama Kita


Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah 'uswatun hasanah', teladan paling baik bagi kaum lelaki dalam mempergauli isteri-isterinya dengan cara yang makruf, membahagikan giliran, nafkah dan kasih sayang serta tuntutan kemarahan dan kecemburuan isteri-isterinya. bahasa cinta Rasulullah SAW kepada isterinya dalam bentuk sentuhan telah baginda amalkannya dalam kehidupan seharian. Dan segalanya itu boleh kita kutip sebagai pedoman untuk kita amalkan dalam melayari bahtera rumahtangga. Andai kebahagiaan yang diharapkan, maka amat perlu untuk lelaki menjadi seorang yang bijak dan sabar dalam mengemudikan bahtera rumahtangga. Setiap suami perlu berkorban untuk melakukan yang terbaik demi memastikan rumahtangga yang dibina menjadi syurga hidup yang paling nikmat.

Antara lain, suami perlulah berkorban untuk mengenali dan memahami wanita. Suami juga mesti belajar sedikit sebanyak ilmu untuk ‘menundukkan’ wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Sama ada suka atau tidak, ilmu sedemikian penting untuk membolehkan suami mengenali dan menangani wanita bergelar isteri. Dengan segala ilmu ini terisi di dada, maka suami dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri amat mencabar kesabarannya. Secara umum, boleh dikatakan bahawa lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklahbanyak menggunakan daya fikiran. Atau dengan kata lain, suami perlu kreatif untuk merencanakan sesuatu yang boleh mewujudkan keceriaan dan kebahagiaan.

Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu bijak merancang untuk mengembalikan perasan gembira di hati isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Buku ini amat bermanfaat bagi lelaki mengerti akan cara Rasulullah yang mengajar menawan hati sang isteri.

Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-034-1
Jumlah Halaman: 267 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 August 2011
Harga Sabah/Sarawak: RM10.00

RM10.00 RM17.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 13 tetamu sekarang ini