ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Anak-Anak, Mari Menghafal Hadis 40 Imam Nawawi


Alhamdulillah, buku ini ditulis untuk mengajak anak-anak bersama-sama mempelajari, menghafal dan mengamalkan hadis-hadis yang disusun oleh Imam an-Nawawi, yang lebih dikenali dengan "Hadis 40 Imam Nawawi".

Anak-anakku yang cerdik,

Betapa mulianya orang yang mempelajari, memahami dan menyampaikan petunjuk Rasulullah S.A.W dalam hadis-hadis baginda kepada umat manusia. Seorang sahabat Nabi yang bernama Zaid bin Tsabit r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,

"Semoga Allah mencerahkan (mencantikkan rupa) orang yang mendengar hadis daripadaku, lalu dia menghafalnya (dalam lafaz riwayat lain disebut, "Lalu dia memahami dan menghafalnya"), kemudian dia menyampaikannya (kepada orang lain). Kadangkala orang yang membawa ilmu menyampaikannya kepada orang yang lebih faham daripadanya dan kadangkala orang yang membawa ilmu agama tidak memahaminya." (HR Abu Daud (3662))

Masya-Allah! Siapakah yang tidak mahu apabila Allah menjadikan wajahnya lebih indah? Sesungguhnya, doa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W ini benar-benar terbukti kepada diri orang yang diberi taufik oleh Allah S.W.T untuk mempelajari dan mendakwahkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan bersungguh-sungguh, disertai dengan keikhlasan serta mengharapkan balasan pahala daripada Allah Taala.

RM18.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 15 tetamu sekarang ini