ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Tangis & Marah Nabi


Titisan air mata yang menitis daripada seseorang adalah perkara yang biasa. Menangis bukanlah cermin kelemahan jiwa. Kelirulah jikalau ada yang menganggap bahawa orang yang berperasaan halus, mudah tersentuh jiwa dan banyak menangis dianggap sebagai manusia yang berjiwa lemah.

Rasulullah SAW mempunyai keperibadian yang berhati lembut dan berperasaan halus, Rasulullah SAW biasa menangis ketika beribadah kepada Allah SWT, air matanya mudah menitis tatkala melihat kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh umatnya. Karya ini mengupas pelbagai keadaan tangis Nabi SAW sebagaimana yang dijelaskan hadis-hadis dan pelbagai kejadian yang menyebabkan titisan air mata Rasulullah SAW.

Juga pelbagai kejadian yang menyebabkan kemarahan Nabi Muhammad SAW. Buku ini juga menjelaskan situasi tangis dan marah baginda sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Air mata merupakan nikmat yang disematkan oleh Allah I dalam diri para hambanya yang tenang hati, suci jiwa dan ikhlas beribadah kepada-Nya.

Marah adalah dibenarkan selagi kemarahan itu tidak lahir daripada emosi jiwa, tetapi marah kerana Allah SWT demi tertegaknya kalimah Allah (agama Islam) sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW.

Semoga karya sederhana ini dapat menjadi 'nutrisi' jiwa para pembaca. Agar air mata yang terdapat dalam diri dapat keluar selari dengan rasa kasih sayang, simpati, kepedulian dan belas kasihan terhadap penderitaan sesama insan.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610990
Jumlah Halaman: 260 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 November 2013
Harga Sabah/Sarawak: RM21.00


RM12.60 RM18.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 23 tetamu sekarang ini