ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Pencuri Pilih Anjing


Bagi elit politik, kemiskinan (dan kejahilan) juga satu aset untuk mempertahankan kuasa. Rakyat mundur sering digula-gulakan dengan harga yang murah bagi mengikat sokongan mereka. Lihat saja bagaimana pelbagai insentif one-off dihamburkan kepada rakyat.

Mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat, yang juga pernah menyifatkan rakyat dipersenda dan dipermainkan pemimpin BN semata-mata untuk mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menjadi hak mereka. "Ini seumpama menabur hampas kelapa bagi menarik minat ayam datang.Mereka menabur umpan di mana-mana sahaja dengan harapan dapat menarik orang ramai. "Itu bukan cara dengan menawarkan umpan benda bagi menarik sokongan rakyat untuk membolehkan kerajaan dibentuk," kata Tok Guru Nik Aziz.


Apa kata mereka;

Ahmad Lutfi tidak akan menulis kecuali dengan fakta dan analisis yang kritikal, termasuk terhadap pembangkang. Dalam sejarah penulisan buku politik beberapa dekad mutakhir, beliau bolehlah disebut satu-satunya wartawan politik yang obsesif dengan perspektif rasional dan fakta. -FATHI ARIS OMAR, Ketua Pengarang Malaysiakini

Tulisan Ahmad Lutfi bukan "touch and go" dan tidak sekadar di permukaan. Dia masuk ke dalam. Ibarat berenang di dasar di lautan politik, dia terus menyelinap ke dalam kancah untuk menghasilkan hujah secara mendalam dan tepat ke sasaran. -ZUNAR, Kartunis Terkemuka

Membaca Harakah tanpa membaca Catatan Hujung ibarat, meminjam kata-kata Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Ustaz Abu Kasim Abdullah, "pergi ke Makkah tanpa melawat Kaabah". Tulisan Ahmad Lutfi bukan bersifat satu dimensi iaitu hanya kritikal kepada BN, sebaliknya sanggahan juga dibuat ke atas Pakatan Rakyat. -MOHAMED HANIPA MAIDIN, Ahli Perlimen Sepang

Ahmad Lutfi tidak sekadar menulis dari kerusi empuk tetapi menjiwai langsung apa jua analisis kritis dan tajamnya kerana keterlibatan aktivismenya bermula dari politik kampus lagi. Kompilasi rencananya memaparkan rentetan pergolakan politik tanah air yang sentiasa menarik, menjadikan naratif perjuangan perubahan ini hidup dan menghidupkan pembaca.
-DR DZULKEFLY AHMAD, Mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610792
Jumlah Halaman: 406 Muka Surat
Tarikh Terbit: 03 November 2012
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

RM20.00 RM28.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 9 tetamu sekarang ini