ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Kebenaran Imam Mahdi vs Kebatilan Dajjal


Dalam kehidupan manusia tidak pernah sepi daripada ujian dan dugaan. Kebenaran dan kebatilan sentiasa menyelimuti kehidupan manusia. Pergolakan antara kebenaran dan kebatilan yang terjadi di dunia ini bermula sejak Iblis menolak perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam Iblis bersumpah untuk menyesatkan umat manusia kecuali hamba-hamba Allah yang tulus dan ikhlas.

Sungguh pun begitu, suatu hari nanti, bumi Allah akan dikuasai para hamba-Nya yang teguh menerapkan nilai-nilai tauhid. Al-Quran menyebutkan, “Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh untuk menjadikan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka sebagai khalifah (penguasa). Dia meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka secara teguh. Dan menggantikan ketakutan mereka dengan rasa damai sejahtera. Dan mereka sangat fokus menyembah-Ku dan tidak menyekutukan-Ku.

Sesiapa ingkar setelah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasiq.” (An-Nur: 55) Fitnah yang disebarkan para pengikut dajal bukan hanya meruntuhkan sendi-sendi kesatuan umat Islam, tetapi juga menyebabkan pertelingkahan yang tidak berhenti antara sesama Muslimin. Terdapat banyak lagi penjelasan Rasulullah tentang fitnah dajal yang akan dihuraikan secara terperinci dalam karya ini.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673611058
Jumlah Halaman: 155 Muka Surat
Tarikh Terbit: 03 November 2013
Harga Sabah/Sarawak: RM18.00

RM15.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 14 tetamu sekarang ini