ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Travelog Wartawan Islam


Buku “Travelog Wartawan Islam” ini sungguh mengasyikkan. Ia sesuatu yang  mesti  dibaca dan dihayati  dengan naluri  hati oleh semua yang mengaku dirinya manusia. Tidak kira  samada  anda seorang  pembaca  yang bukan beragama  Islam atau yang mengaku sebagai seorang Muslim.
 
Buku ini mempunyai nilai moral yang tinggi, estetika yang berkualiti dan prinsip hidup yang sungguh jitu. Juga membuktikan setiap manusia ciptaan Allah yang berniat baik walau hanya sekelumit di hati yang suci murni, maka Allah akan memberi panduan jalan kehidupan yang terbaik.
 
Maha Suci Allah yang memberi pertunjuk kepada sesiapa jua yang  Dia kehendaki  tanpa batas, dan juga boleh tersasar dalam kehidupan  dunia jika tersalah. Sebab itu ramai juga yang mengajar Ilmu Syariah tetapi longgar amalannya syariatnya,  dan ada yang mengajar Ilmu Tauhid tetapi tidak langsung mentauhidkan(taat sepenunhya) kepada  Allah SWT dalam kehidupan sehariannya. Renungilah..
 
Perkongsian kisah benar wartawan ini  teramat baik buat tauladan semua pengamal media samada yang baru atau lama serta sesiapa yang luas pergaulan sosial dalam kerjaya seharian.
 
Mudah-mudahan hati anda merasa keabadian diri sebagai manusia dan mendapat sebutir sinar mutiara hidayah apabila membaca kisah benar ini yang digarap dari lubuk hati penulis dengan sejujur-jujurnya.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610228
Jumlah Halaman: 119 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 December 2012
Harga Sabah/Sarawak: RM10.00


RM10.00 RM16.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 17 tetamu sekarang ini