ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Tafsir Surah Pilihan


Kupasan tafsir Al-Quran ini amatlah penting untuk kita fahami erti dan susunannya dalam 6,000 lebih patah perkataannya ini. Para alim dan ulama' handalan amatlah mengambil-berat tentang segala-galanya mengenai Al-Quran. Segenap segi membawa maksud yang penting.
Di dalam agama lain, seperti Kristian misalnya, tiada seorang pun antara paderi mereka yang mengambil tahu segenap pembilangan di dalam Kitab Injil serta juzuk-juzuk yang terkandung di dalamnya. Tetapi, dalam Islam semua usaha dijanjikan ganjaran pahala disisi Allah SWT. Maka para ulama' serta ilmuan Islam mengambil kira malah memberatkan pemahaman tafsir dan makna dalam hal-hal yang tersebut.
 
Tok Guru cuba menerangkan kepada kita jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia.
 
Walaupun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pengajaran bagi kehidupan kita masakini. Tok Guru mengaitkan dengan contoh-contoh setempat dan sesuai dengan masyarakat negara ini.
 
Wajarlah buku ini miliki oleh kita semua seperti belajar terus dari Tok Guru. Mudah-mudahan ada manfaat.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610419
Jumlah Halaman: 212 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 September 2011
Harga Sabah/Sarawak: RM10.00


RM10.00 RM17.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 14 tetamu sekarang ini