ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Muhammad Bukan Nasionalis


Penganut agama Islam (muslim dan muslimah) sejati memiliki sikap tunduk dan pasrah kepada perintah dan larangan Allah Azza wa Jalla, sentiasa bersikap damai, tenang, rukun, selamat, penuh toleransi dan menyelamatkan orang lain.
 
Firman Allah swt, “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.” [An-Nisa': 125]
Sejatinya Islam adalah kerana ia agama yang lurus dan benar, mengajarkan cinta kasih, hidup penuh rasa keadilan, damai sejahtera, serta jalan keselamatan dan kebahagiaan abadi bagi para penganutnya.
 
Rasulullah saw yang diutus membawa risalah Islam adalah peribadi luhur yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia, ia manusia sempurna (Insan Kamil) yang menjadi teladan kebaikan bagi semesta alam. Firman Allah swt menegaskan. “Dan Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam” [al Anbiya': 107]
 
Rasulullah saw menjelaskan misi kenabianNya sebagaimana sabdanya. “Aku tidak diutus sebagai tukang laknat. Akan tetapi, aku diutus sebagai rahmat.” [HR Muslim2599/Tirmizi 7774]
Penghulu nabi ini juga menuturkan. “Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan oleh Allah (kepada umat manusia)” [HR Tirmizi 1977]. Dan ada banyak hadis yang menjelaskan perihal kelembutan dan wajah kasih sayang Rasulullah saw kepada umatnya.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610471
Jumlah Halaman: 352 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 April 2012
Harga Sabah/Sarawak: RM19.60

RM17.50 RM25.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 18 tetamu sekarang ini