ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Kurikulum Dari Langit


Dunia hari ini menghadapi pelbagai masalah yang belum dapat diselesaikan dengan berkesan. Semakin banyak teori yang dikemukakan untuk menyelesaikan masalah, semakin bertambah pula masalah baru. Di mana-mana sahaja kehidupan manusia terancam yang berpunca daripada tangan manusia sendiri. Sistem ciptaan manusia yang mencakupi politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan sebagainya GAGAL menyelesaikan masalah manusia dengan berkesan. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial berlaku dengan parah. 
 
Penindasan, kemelaratan dan kemiskinan tidak pernah selesai. Permusuhan, perpecahan dan pertumpahan darah tidak putus-putus berlaku. Semuanya itu adalah gambaran kegagalan sistem ciptaan manusia.
 
Ramai generasi muda Barat yang kecewa dengan kegagalan tersebut menolak ajaran Kristian dan mereka mencipta falsafah hidup baru yang berasaskan kebendaan. Penyelesaian yang mereka cuba itu menemui kegagalan kerana mereka mengubah fitrah manusia.  Orang Islam yang terpengaruh dengan penyelesaian Barat itu menjadi lebih teruk daripada mereka. Orang Islam itu bukan sahaja gagal mencapai hakikat kebendaan yang mereka buru, tetapi juga hilang jati diri.
 
Maka, penyelesaian secara fitri merupakan kaedah penyelesaian yang berkesan kerana serasi dengan fitrah semula jadi manusia. Buku “Kurikulum Dari Langit” ini cuba membawa anda menyemak sistem fitrah yang sempurna.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673610914
Jumlah Halaman: 216 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 October 2013
Harga Sabah/Sarawak: RM19.00


RM16.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 9 tetamu sekarang ini