ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Wahyu & Sahabat Nabi Saw


Ketika marah Umar ibnu Khattab telah sampai pada titik didihnya terutamanya selepas mendengar Fatimah adik perempuannya memeluk Islam, maka dia pun mendatangi rumah adiknya tersebut. Sewaktu di kediaman Fatimah, mata Umar ibnu Khattab tertuju kepada Sahifah (lembaran) al-Quran yang tercicir. Umar lantas membuka lembaran Sahifah tersebut yang berisi surah Toha dan membaca dari awal surat, “Toha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah, iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara kedua-duanya dan semua yang di bawah tanah. Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. Dialah Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Dia mempunyai al Asma’ al Husna (nama-nama yang baik)” [Toha : 1 – 8] Dan seterusnya, Umar membacanya dengan penuh penghayatan.
 
Tatkala sampai pada ayat ke 14, “Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan yang Hak selain Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” [Toha 20:14] Tumpahlah air mata Umar ibnu Khattab, jiwanya tergetar keras. Dia yang dahulunya berwatak angkuh dan kasar, berubah menjadi lembut dan tunduk hati serta jiwa kepada Allah. Dia yang dahulunya kuat, tiba-tiba merasa rapuh dan lemah di hadapan ayat-ayat suci al-Quran. Dia meyakini, apa yang telah dibacanya adalah Kalam Ilahi, bukan kalimat-kalimat yang disusun oleh Muhammad s.a.w.. Dan dia mengakui bahawa Islam adalah agama yang benar. Diaberkata kepada Fatimah, “Hantarkan aku untuk bertemu Muhammad. Aku ingin mengikrarkan keislamanku di hadapannya. Hadis Riwayat Imam ibnu Hibban (5440)

Maklumat Buku

ISBN: 978-967-361-128-7
Jumlah Halaman: 237 Muka Surat
Tarikh Terbit: 01 September 2014
Harga Sabah/Sarawak: RM21.00


RM18.00

*Harga akan berubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga mungkin meminati buku ini:

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 38 tetamu sekarang ini