ENGLISH      03 6038 8314 (Khidmat Pelanggan)
Tiada item Papar Troli

Beramal dengan hadis sahih, jauhi hadis palsu





Al Manarul Munif merupakan sebuah kitab lama catatan ulama awal kurun ke-8 H iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Walau bagaimanapun, kitab ini baru sahaja diterjemahkan dalam bahas melayu. Ianya diberi judul Kenali Hadis Sahih, Dhoif dan Palsu.

Terjemahan literal daripada nama asal kitab yakni Al manarul Munif Fisohihi wa Dhoif yang bererti ‘menara yang tinggi dalam membicarakan mengenai hadis sahih dan daif’. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada orang yang ingin mempelajari hadis.

Ibnu Qayyim disebutkan oleh Ibnu Hajar sebagai anak murid yang begitu sayang akan gurunya dan melazimi gurunya iaitu Ibnu Taimiyyah sehingga orang mengatakan bahawa Ibnu Qayyim ibarat fotokopi kepada Ibnu Taimiyah (maksudnya segala pandangannya adalah sama dengan pandangan gurunya) namun bagi saya sangkaan itu kurang tepat kerana Ibnu Qayyim mempunyai pandangannya tersendiri terutamanya berkaitan Sirah.

Tambahan pula, Ibnu Qayyim lebih menonjol pandangannya dalam bab hadis berbanding Ibnu Taimiyyah.

Ramai ulama yang telah menulis kitab berkaitan hadis-hadis palsu sebelum Ibnu Qayyim. Antaranya ialah Ibnu Jauzi dalam kitabnya Al Mauduat al Qubra. Ibnu Jauzi apabila beliau menulis kitab tersebut, beliau menyebut antara ciri-ciri hadis palsu seperti bercanggah dengan al-Quran, bercanggah dengan fakta sejarah, bercanggah dengan akal atau hadis tersebut mengandugi ‘kemelampauan’ yang teramat.

Namun, Ibnu Jauzi menyebutnya tetapi tidak melaksanakan atau menggunakannya dalam kitab karangannya berkaitan hadis palsu. Beliau hanya mengambil ciri tersebut sebagai teori semata-mata.

Hal ini berbeza dengan cara Ibnu Qayyim yang menggunakan ciri-ciri seperti yang disebut oleh Ibnu Jauzi secara praktikal dalam kitab atau buku ini.


Contohnya, berkaitan huraian menjelaskan status hadis palsu dengan mengemukakan hujah berkaitan percangahan dari sudut matan misalnya. Justeru dari segi praktikal, kitab ini adalah lebih baik berbanding kitab-kitab sebelumnya.

Saya berharap dengan adanya buku ini, umat Islam tanahair kita dapat manfaat yang besar dalam memahami hadis Nabi Saw.


Dr. Muhamad Rozaimi Ramle

---------------------klik
http://www.kemilau.net.my/en/catalogue/issued-immediately/163-kenali-hadis-sahih,-dhoif,-palsu-manarul-munif

Hubungi Kami

Kemilau Publika Sdn. Bhd.
No.22F, Jalan Bidara 8,
SU Mall, Saujana Utama 3,
47000 Selangor, MALAYSIA

03 6038 8314
03 6038 8341
011 5674 2989-WhatsApp
kemilaupublika@gmail.com

Jom! Ikuti Kami


Tetamu Kami

Kami mempunyai 44 tetamu sekarang ini